http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4

Sabtu, 10 Disember 2011

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( RUMAH DI MALAYSIA DAN NEGARA LAIN)

Set Induksi (5minit)
  • Guru memperdengarkan rakaman lagu tentang rumah. Contoh:
  •  Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi lagu. 
           Contoh soalan:
            a) Mengapakah rumah dianggap pelindung?
               (Jawapan): Rumah dianggap sebagai pelindung kerana dapat melindungi penghuninya  
                                 daripada panas dan hujan.
            b) Mengapakah rumah itu adlah kebahagiaan?
              (Jawapan): Rumah memberikan kebahagian dan keselesaan kepada penghuninya.

Langkah 1 (10minit)
  • Guru menunjukkan gambar rumah Minangkabau kepada murid.
  • Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar rumah Minangkabau.
         Contoh soalan:
          a) Siapa pernah melihat rumah tersebut?
          b)Apakah nama rumah tersebut?
          (Jawapan): Rumah Minangkabau
          c) Di manakah rumah tersebut banyak dibina?
         (Jawapan): Di Negeri Sembilan
  • Guru menyatakan reka bentuk rumah Minangkabau mempunyai sejarahnya tersendiri.
Langkah 2 (10minit)
  • Guru membahagikan kelas kepada empat kumpulan
  • Setiap kumpulan diberi kad arahan:
a) Kumpulan Kutai- Reka bentuk rumah Kutai
b) Kumpulan Minangkabau- Reka bentuk rumah Minangkabau
c) Kumpulan Inggeris- Reka bentuk rumah Inggeris
d) Kumpulan Jawa- Reka bentuk rumah Jawa
  • Minta murid mendapatkan maklumat daripada buku teks
  • Minta murid mengisi maklumat dalam borang catatan.
Langkah 3 (15 minit)
  • Minta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
  • Guru membuat rumusan hasil daripada pembentangan murid dengan bersoal jawab.
  • Minta murid mengisi carta berdasarkan sejarah reka bentuk rumah di papan hitam.
  • Guru bersoal jawab dengan murid hasil daripada jawapan murid.
Langkah 4 (15 minit)
  • Berdasarkan maklumat buku teks, minta murid membuat perbandingan sejarah reka bentuk rumah dalam borang pengurusan grafik.
  • Minta murid menyalin atau menampal jadual tersebut dalam buku catatan.
Rumasan (5minit)

Guru bertanya kepada murid soalan mudah mengenai isi pelajaran.
         Contoh soalan:
         a) Apakah keistimewaan rumah Minagkabau?
         b) Di manakah rumah Kutai banyak terdapat di Malaysia?
  • Guru membuat rumusan tentang salah satu faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah ialah faktor sejarah.

Ahad, 27 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK

  Rumah Panjang, Iban

              Liburan ke Sarawak tidak lengkap tanpa lawatan ke rumah panjang yang merupakan tempat tinggal tradisional kebanyakan suku kaum pribumi disini seperti kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Rumah panjang ialah sebaris rumah yang dihubungkan dengan jalur atau serambi yang dibagi bersama-sama keluarga-keluarga yang tinggal disitu dan diketuai oleh seorang ketua rumah panjang yang digelar ‘Tuai Rumah’. Setiap keluarga mempunyai kawasan bilik mereka sendiri. Aktivitas kemasyarakatan dijalankan di kawasan serambi yang dipanggil ‘ruai’. Pengunjung atau tamu lelaki lazimnya akan tidur di ‘ruai’ sementara tamu wanita tidur di dalam bilik disini.

              Masyarakat rumah panjang selalu memakai pakaian biasa seperti kemeja dan celana jeans. Mereka hanya mengenakan pakaian tradisional sewaktu pesta Gawai Dayak atau pesta menuai kaum Iban dan acara perkawinan. Kumpulan pengunjung selalu disambut dengan segelas tuak serta persembahan tarian tradisional. Selepas itu, mereka akan dibawa mengunjungi rumah panjang tersebut dan dihibur dengan berbagai persembahan kebudayaan. Pengunjung selalu akan dijemput untuk mengambil bagian dalam tarian yang dipersembahkan. Pengunjung biasa bermalam di rumah panjang ini atau di rumah tumpangan yang berdekatan.


Bendera Negeri Sarawak


Lirik Lagu Negeri Sarawak
Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Muhibbah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekal lah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat






RUMAH TRADISIONAL NEGERI SABAH

 
Rumah Panjang Momogun Rungus


             Suku kaum Rungus tinggal di rumah panjang yang disebut sebagai vinatang dalam bahasa Rungus. Vinatang ini adalah satu kebanggaan bagi suku kaum Rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka. Rumah panjang ini, yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit dan dinaikkan. Ruang bawah rumah panjang ini digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi, dan kerbau selain berfungsi sebagai tugu kepada serangan luar.

             Rumah panjang tradisi Rungus mengandungi satu siri rumah yang bersambungan, setiap satunya dimiliki oleh keluarga domestik tertentu secara berasingan. Appell (1963) menamakan ‘rumah’ dalam rumah panjang sebagai apartment sementara untuk orang Rungus, rumah ini dinamakan sirang (Ong 2000: bab 2). Sirang adalah tempat tinggal keluarga domestik. Seperti konsep rumah moden yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu untuk kegiatan kerja yang berlainan, sebuah sirang juga mempunyai bahagian-bahagian, masingmasing dikaitkan dengan kegiatan kerja tertentu.

               Sebuah sirang atau rumah keluarga domestik mempunyai dua bahagian utama, iaitu ongkob dan apad. Appell (1978: 155) menterjemahkan ongkob sebagai compartment (ruang tertutup/tempat tidur dan dapur), dan apad sebagai gallery (ruang terbuka/serambi). Ongkob merupakan ruang peribadi keluarga domestik. Dinding dibina mengelilingi ongkob, berfungsi sebagai sekatan sempadan bagi setiap sirang/rumah keluarga domestik. Apad adalah ruang awam keluarga domestik dan ia terbuka kepada pandangan umum. Dinding juga dibina untuk memisahkan sempadan ongkob dan apad. Sebuah pintu dipasang untuk membolehkan penghuni sirang keluar masuk ruang ongkob.


Bendera Negeri Sabah
 
Lirik Lagu Negeri Sabah
Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.




Jumaat, 25 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI PERLIS









Rumah Tradisional Negeri Perlis



              Rumah tradisional Melayu Perlis berbentuk ‘Bumbung Panjang’ terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur .Bersambung dengan rumah ibu dan rumah dapur.Bersambung dengan rumah ibu terdapat ruang balai.Di hadapan rumah dapur,antara rumah ibu terdapat sebuah ruang mempunyai fungsi masing-masing.Bangunan tersebut lazimnya diperbuat daripada kayu ataupun buluh,beratapkan rumbia atau nipah.

              Rumah ibu merupakan sebuah rumah yang mempunyai serambi kiri dan kanan. Di hujung ruang tengah diletakkan katil besi(antik), di pasang kelambu dan tirai sebagai tempat tidur penghuni yang tertua (ibu dan bapa). Disebelahnya terdapat dua buah bilik tempat tidur anak-anak gadis dan lelakinya.
              Ruang hadapan merupakan ruang tamu dan tempat berkumpul ahli-ahli keluarga. Dibahagian atas dibuat para atau ‘lotin’ tempat menyimpan kuih-kuih pada hari kenduri atau alatan lain seperti tikar, karung, bujam, kecung dan sebagainya. Serambinya digunakan sebagai tempat menganyam tikar atau membuat alat-alat kraftangan pertanian.
               Biasanya rumah ini berdindingkan buluh dan dianyam berkelarai, berlantaikan papan. Hanya orang kaya dan berada akan menggunakan papan tegak, berlidah dan berlurah. Ruang atas tingkap terdapat ukiran kelarai,begitu juga pada’papan cantik’ dan ‘tibar layar’.



Bendera Negeri Perlis



Lirik Lagu Negeri Perlis
Amin amin ya Rabaljalil
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail


RUMAH TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

 

Rumah Tradisional Negeri Pulau Pinang

             Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu. Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.


             Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala pembahagian ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan pembinaan rumah ini terdiri daripada kayu cengal dan meranti manakala atapnya daripada rumbia.

 
Bendera Negeri Pulau Pinang
 

 
Lirik Lagu Negeri Pulau Pinang ( Untuk Negari Kita)
 
Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Kutaat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.
 

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SELANGOR

 

Rumah Tradisional Negeri Selangor

              Rumah tradisional melayu Selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi berandah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak


               Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

               Rumah tradisional melayu selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Giam, Damar laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah.

 
 
Bendera Negeri Selangor
 
 
Lirik Lagu Negeri Selangor

Lirik Lagu Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Khamis, 24 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI KEDAH

  Rumah Tradisional Kedah

              Di dalam pembinaan rumah-rumah tradisional, seni ukiran kayu bukanlah sekadar unsur hiasan semata-mata tetapi mempunyai fungsi yang lain yang disepadukan pada rumah-rumah tersebut. Hiasan seperti ukiran tebuk digunakan di tempat-tempat pengaliran udara sebagai unsur permukaan yang memisahkan antara ruang dalam dengan ruang luar. Di samping itu, ukiran tersebut dapat melahirkan pola-pola yang menarik kalau dilihat dari luar dan dalam rumah.

              Pola Papan Meleh pada sebuah wakaf di Kulim, Kedah. Ia disusun secara menegak di bahagian bawah tibar layar yang berbentuk matahari terbit. Tiang Seri merupakan tiang adat. Berperanan sebagai tiang utama dan dipacak terlebih dahulu sebelum tiang-tiang lain. Seni ukiran Tebuk Terus yang terdapat pada rumah-rumah tradisional Bukit Kemboja, Padang Matsirat, Langkawi. Tangga dengan sistem anak tangga menggunakan tanggam dan paku yang diperbuat daripada kayu bulat dan teras. Dinding daripada pelupuh dengan anyaman yang mudah dan tidak berkelarai.

              Ukiran pola-pola tersebut juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pola biasa, pola tebuk dan terukir. Motif yang digunakan pada pola-pola tersebut mempunyai beberapa pengertian yang tertentu dan ada kaitan dengan aspek spiritual. Di Tanah Melayu, motif-motif ukiran lebih cenderung kepada penghayatan seni yang berteraskan prinsip keislaman dan ada juga yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan kaligrafi.

 
Bendera Negeri Kedah
 

 
Lirik Lagu Negeri Kedah
 
Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata