http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( PENDIDIKAN kESIHATAN) TAHUN 2

Khamis, 10 November 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( PENDIDIKAN kESIHATAN) TAHUN 2

MATLAMAT

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF

Murid boleh:

  1. Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
  2. Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit ; dan
  3. Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS

Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan