http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: RUMAH TRADISIONAL NEGERI JOHOR

Ahad, 13 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI JOHOR

  Rumah Limas, Johor

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah.Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti
Garis besar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. Pada bahagian depan rumah terdapat tangga dengan anak tangga berjumlah ganjil. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran yang luas. Ruangan ini dijadikan pusat berkumpul pada majlis-majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban. Ruang tamu sekaligus akan dijadikan ‘ruang pamer’ untuk menunjukkan kemakmuran pemilik rumah. Pada bahagian ruangan dinding akan dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.
Rumah limas mempunyai ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). ‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung atau empat perabung seperti piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf. Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya yang dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).

            Sifat paling ketara pada rumah limas adalah pada struktur binaannya yang didirikan di atas tiang. Kelebihan yang diperolehi daripada ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan daripada mudah dimasuki haiwan liar, dan dapat mengelak air daripada masuk ke rumah jika berlaku banjir. Rumah juga akan lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong pada bahagian bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan barang.

            Seni bina rumah limas dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Rumah limas mempunyai bilik yang lebih daripada satu. Hal ini demikian merangkumi bilik tidur utama, bilik tidur anak lelaki, bilik tidur anak perempuan dan bilik tidur tetamu. Selain itu, pembahagian rumah kepada rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur juga merupakan pengaruh sosio agama masyarakat Melayu terdahulu termasuklah dalam masyarakat Melayu Johor. Kewujudan konsep pelan terbuka menyebabkan wujudnya pelbagai bentuk simbol fizikal pemisah. Zon tetamu biasanya pada bahagian hadapan manakala zon keluarga pada bahagian belakang rumah

Lagu Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan