http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: RUMAH TRADISIONAL NEGERI MELAKA

Ahad, 13 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI MELAKA

   Rumah Tradisional Negeri Melaka

Ini merupakan rumah Melaka versi “Tiang 12”. Versi ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan rumah.Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.


Lazimnya rumah ini dimiliki oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini terhad kepada fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan serambi.Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat daripada kayu meranti.

Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Ia turut menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan tidak terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh menempatkan sehingga dua bilik.Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding.Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai. Tampak disebelah kanan dan kiri rumah dapat menyaksikan setiap bahagian penting rumah iaitu, serambi, rumah ibu, selang, rumah dapur dan pelantar.




Melaka Maju Jaya
Melaka Negeri Bersejarah

Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya.

             http://www.youtube.com/watch?v=jctuMOkt5Ko&feature=player_detailpage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan