http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: Rumah Tradisional Negeri Perak

Sabtu, 19 November 2011

Rumah Tradisional Negeri Perak

    Rumah Kutai, Perak

           Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak, Malaysia. Rumah ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar

           Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang.

           Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap. Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah atap rumbia.

           Terdapat juga rumah Kutai yang tidak memiliki dinding pembahagi bilik, sebaliknya, menggunakan kain langsir sebagai pembahagi ruang bilik


Bendera Negeri Perak


Lagu Negeri Perak

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan