http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: RUMAH TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Jumaat, 25 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

 

Rumah Tradisional Negeri Pulau Pinang

             Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu. Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.


             Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala pembahagian ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan pembinaan rumah ini terdiri daripada kayu cengal dan meranti manakala atapnya daripada rumbia.

 
Bendera Negeri Pulau Pinang
 

 
Lirik Lagu Negeri Pulau Pinang ( Untuk Negari Kita)
 
Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Kutaat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan