http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: RUMAH TRADISIONAL NEGERI SABAH

Ahad, 27 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SABAH

 
Rumah Panjang Momogun Rungus


             Suku kaum Rungus tinggal di rumah panjang yang disebut sebagai vinatang dalam bahasa Rungus. Vinatang ini adalah satu kebanggaan bagi suku kaum Rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka. Rumah panjang ini, yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit dan dinaikkan. Ruang bawah rumah panjang ini digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi, dan kerbau selain berfungsi sebagai tugu kepada serangan luar.

             Rumah panjang tradisi Rungus mengandungi satu siri rumah yang bersambungan, setiap satunya dimiliki oleh keluarga domestik tertentu secara berasingan. Appell (1963) menamakan ‘rumah’ dalam rumah panjang sebagai apartment sementara untuk orang Rungus, rumah ini dinamakan sirang (Ong 2000: bab 2). Sirang adalah tempat tinggal keluarga domestik. Seperti konsep rumah moden yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu untuk kegiatan kerja yang berlainan, sebuah sirang juga mempunyai bahagian-bahagian, masingmasing dikaitkan dengan kegiatan kerja tertentu.

               Sebuah sirang atau rumah keluarga domestik mempunyai dua bahagian utama, iaitu ongkob dan apad. Appell (1978: 155) menterjemahkan ongkob sebagai compartment (ruang tertutup/tempat tidur dan dapur), dan apad sebagai gallery (ruang terbuka/serambi). Ongkob merupakan ruang peribadi keluarga domestik. Dinding dibina mengelilingi ongkob, berfungsi sebagai sekatan sempadan bagi setiap sirang/rumah keluarga domestik. Apad adalah ruang awam keluarga domestik dan ia terbuka kepada pandangan umum. Dinding juga dibina untuk memisahkan sempadan ongkob dan apad. Sebuah pintu dipasang untuk membolehkan penghuni sirang keluar masuk ruang ongkob.


Bendera Negeri Sabah
 
Lirik Lagu Negeri Sabah
Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.




1 ulasan: