http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: RUMAH TRADISIONAL NEGERI SELANGOR

Jumaat, 25 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SELANGOR

 

Rumah Tradisional Negeri Selangor

              Rumah tradisional melayu Selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi berandah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak


               Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

               Rumah tradisional melayu selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Giam, Damar laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah.

 
 
Bendera Negeri Selangor
 
 
Lirik Lagu Negeri Selangor

Lirik Lagu Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan