- Guru memperdengarkan rakaman lagu tentang rumah. Contoh:
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi lagu.
a) Mengapakah rumah dianggap pelindung?
(Jawapan): Rumah dianggap sebagai pelindung kerana dapat melindungi penghuninya
daripada panas dan hujan.
b) Mengapakah rumah itu adlah kebahagiaan?
(Jawapan): Rumah memberikan kebahagian dan keselesaan kepada penghuninya.
Langkah 1 (10minit)
- Guru menunjukkan gambar rumah Minangkabau kepada murid.
- Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar rumah Minangkabau.
a) Siapa pernah melihat rumah tersebut?
b)Apakah nama rumah tersebut?
(Jawapan): Rumah Minangkabau
c) Di manakah rumah tersebut banyak dibina?
(Jawapan): Di Negeri Sembilan
- Guru menyatakan reka bentuk rumah Minangkabau mempunyai sejarahnya tersendiri.
- Guru membahagikan kelas kepada empat kumpulan
- Setiap kumpulan diberi kad arahan:
b) Kumpulan Minangkabau- Reka bentuk rumah Minangkabau
c) Kumpulan Inggeris- Reka bentuk rumah Inggeris
d) Kumpulan Jawa- Reka bentuk rumah Jawa
- Minta murid mendapatkan maklumat daripada buku teks
- Minta murid mengisi maklumat dalam borang catatan.
- Minta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
- Guru membuat rumusan hasil daripada pembentangan murid dengan bersoal jawab.
- Minta murid mengisi carta berdasarkan sejarah reka bentuk rumah di papan hitam.
- Guru bersoal jawab dengan murid hasil daripada jawapan murid.
- Berdasarkan maklumat buku teks, minta murid membuat perbandingan sejarah reka bentuk rumah dalam borang pengurusan grafik.
- Minta murid menyalin atau menampal jadual tersebut dalam buku catatan.
Guru bertanya kepada murid soalan mudah mengenai isi pelajaran.
Contoh soalan:
a) Apakah keistimewaan rumah Minagkabau?
b) Di manakah rumah Kutai banyak terdapat di Malaysia?
- Guru membuat rumusan tentang salah satu faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah ialah faktor sejarah.
Rumah Limas Johor
Rumah Minangkabau, N. Sembilan
Rumah Pahang
Rumah Kutai (Perak)
Rumah Tinggi Melanau (Sarawak)
Rumah Banglo
