http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4

Khamis, 17 November 2011

JENIS -JENIS RUMAH DI MALAYSIA

  Rumah Limas Johor

   Rumah Minangkabau, N. Sembilan

     Rumah Pahang

   Rumah Melaka

   Rumah Kutai (Perak)

_MG_0282  Rumah Bajau (Sabah)

  Rumah Tinggi Melanau (Sarawak)

  Rumah Banglo

  Rumah Pangsa

   Rumah Teras

Isnin, 14 November 2011

Rumah Tradisional Negeri Sembilan

             
   Rumah Minangkabau,Negeri Sembilan


              Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

              Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza. Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

              Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

   Bendera Negeri Sembilan

Lagu Negeri Sembilan
Berkatlah Yang Di Pertuan Besar

Di Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Di Negeri Sembilan


Ahad, 13 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI MELAKA

   Rumah Tradisional Negeri Melaka

Ini merupakan rumah Melaka versi “Tiang 12”. Versi ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan rumah.Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.


Lazimnya rumah ini dimiliki oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini terhad kepada fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan serambi.Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat daripada kayu meranti.

Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Ia turut menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan tidak terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh menempatkan sehingga dua bilik.Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding.Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai. Tampak disebelah kanan dan kiri rumah dapat menyaksikan setiap bahagian penting rumah iaitu, serambi, rumah ibu, selang, rumah dapur dan pelantar.




Melaka Maju Jaya
Melaka Negeri Bersejarah

Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya.

             http://www.youtube.com/watch?v=jctuMOkt5Ko&feature=player_detailpage

RUMAH TRADISIONAL NEGERI JOHOR

  Rumah Limas, Johor

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah.Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti
Garis besar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. Pada bahagian depan rumah terdapat tangga dengan anak tangga berjumlah ganjil. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran yang luas. Ruangan ini dijadikan pusat berkumpul pada majlis-majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban. Ruang tamu sekaligus akan dijadikan ‘ruang pamer’ untuk menunjukkan kemakmuran pemilik rumah. Pada bahagian ruangan dinding akan dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.
Rumah limas mempunyai ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). ‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung atau empat perabung seperti piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf. Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya yang dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).

            Sifat paling ketara pada rumah limas adalah pada struktur binaannya yang didirikan di atas tiang. Kelebihan yang diperolehi daripada ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan daripada mudah dimasuki haiwan liar, dan dapat mengelak air daripada masuk ke rumah jika berlaku banjir. Rumah juga akan lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong pada bahagian bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan barang.

            Seni bina rumah limas dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Rumah limas mempunyai bilik yang lebih daripada satu. Hal ini demikian merangkumi bilik tidur utama, bilik tidur anak lelaki, bilik tidur anak perempuan dan bilik tidur tetamu. Selain itu, pembahagian rumah kepada rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur juga merupakan pengaruh sosio agama masyarakat Melayu terdahulu termasuklah dalam masyarakat Melayu Johor. Kewujudan konsep pelan terbuka menyebabkan wujudnya pelbagai bentuk simbol fizikal pemisah. Zon tetamu biasanya pada bahagian hadapan manakala zon keluarga pada bahagian belakang rumah

Lagu Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan. 

Sabtu, 12 November 2011

KEPENTINGAN RUMAH

Rumah sebagai tempat perlindungan mestilah sentiasa dijaga supaya selamat. Setiap ahli keluarga mestilah memastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci apanila meninggalkan rumah supaya tidak dicerobohi. Suis saluran gas dan suis api dapur hendaklah ditutup setelah digunakan untuk mengelakkan kebarakan rumah.Setiap ahli keluarga juga mesti saling mengingati supaya menjaga keselamatan rumah kerana rumah ialah tempat perlindungan kita sekeluarga.

Cartoon Discount Vector Scape



Khamis, 10 November 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( PENDIDIKAN kESIHATAN) TAHUN 2

MATLAMAT

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF

Murid boleh:

  1. Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
  2. Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit ; dan
  3. Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS

Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu:

Selasa, 8 November 2011

Kajian Tempatan Tahun 4

Mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan tentang peranan mereka dalam masyarakat dan persekitarannya. Mata pelajaran ini juga dapat memupuk apresiasi murid terhadap warisan sejarah negara, alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh negara. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, mata pelajaran Kajian Tempatan dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketrampilan.

 Rumah Panjang Iban

  Rumah Minangkabau