http://www.iconarchive.com/show/super-mario-icons-by-ph03nyx/Retro-Star-icon.html D20102042530 Kajian Tempatan Tahun 4: RUMAH TRADISIONAL NEGERI PAHANG

Khamis, 17 November 2011

RUMAH TRADISIONAL NEGERI PAHANG

 

Rumah Serambi, Pahang

                Keunikan rumah tradisional Pahang dibina tanpa menggunakan walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.Sesuai dengan penempatan orang Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah berkenaan masih boleh ditemui di kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan.

               Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini sehingga menenggelamkan bentuk kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak. Rumah tradisional Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.

               Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada ruang pentas dan 'perbalai.' Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh. Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti apabila reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung. Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamerkan hasil kemahiran tukang rumah tempatan.



Bendera Negeri Pahang

Lagu Negeri Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan